fbpx

Gara-gara langgar anjing, lelaki maut terperosok bawah bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mayat mangsa yang terperosok di bawah bas di Jalan Sultan Nazrin Shah di Ipoh pagi tadi.-IHSAN JBPM

IPOH- Seorang lelaki maut terperosok di bawah bas selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor anjing di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini pagi tadi.

Nahas pada pukul 6.30 pagi itu mengorbankan lelaki berusia 26 tahun yang disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC itu dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumahnya.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa telah terlanggar seekor anjing yang sedang melintas.

“Mangsa tercampak di tengah jalan sebelum sebuah bas dari arah sama gagal memberhentikan kenderaan dan mengelak lalu terlanggar mangsa.

“Mangsa yang tersepit di bawah tayar kiri hadapan bas mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI