fbpx

Diskaun saman 60 peratus hanya di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Melaka mengambil peluang membayar saman dengan diskaun sehingga 60 peratus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, hari ini.

MELAKA – Rakyat Melaka kini berpeluang membuat pembayaran saman dengan pengurangan jumlah sehingga 60 peratus membabitkan kesalahan dikeluarkan di negeri ini, manakala 50 peratus turut diberikan bagi saman luar Melaka, bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pengurangan saman itu ditawarkan sehingga 15 November depan untuk dimanfaatkan penggunakan jalan raya.

Jelasnya, pembayaran saman itu boleh dilakukan pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang di semua kaunter semakan saman trafik kontinjen Melaka.

“Diskaun sebanyak 60 peratus tertakluk bagi saman di dalam negeri Melaka sahaja, manakala 50 peratus bagi saman di luar negeri.

“Pengurangan saman ini diberikan bersempena perayaan Deepavali, namun dalam masa ia merupakan salah satu kaedah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyantuni rakyat dan menggalakkan pembayaran saman dibuat sebelum tindakan lanjut undang-undang dikenakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, semua saman layak menerima pengurangan kecuali saman dikeluarkan pada 2021 melibatkan kesalahan tidak patuh lampu isyarat merah, lorong kecemasan dan potong secara berbahaya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI