fbpx

‘Demi ikut jejak langkah arwah ayah’ – Dira Abu Zahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIRA ABU ZAHAR

PETALING JAYA – Atas rasa tanggungjawab mengikuti jejak langkah bapanya dalam arena politik, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin, pelakon dan pengacara Datuk Dira Abu Bakar menyahut cabaran bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dira atau nama lengkapnya, Khaidiriah Abu Zahar, 37, yang akan bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim berkata, kawasan itu begitu dekat di hatinya.

“Saya Khaidhirah Abu Zahar dengan rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai Calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, Calon No. 3.

“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini,” tulisnya menerusi satu hantaran terbaharu dalam Instagram.

Ujar Dira lagi, beliau menggagahkan diri terus berkecimpung dalam dunia politik demi allahyarham bapanya yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan.

“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat.

“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju. Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua.

“Dengan lafaz bismillah, saya memohon agar pengundi memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua,” katanya.

PRN Melaka menyaksikan persaingan sengit apabila 112 calon disahkan bertanding untuk merebut 28 kerusi DUN pada 20 November ini.

Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan berdepan dua calon lain iaitu B. Prasant Kumar mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Azalina Abdul Rahman yang mewakili Perikatan Nasional (PN). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI