PETALING JAYA- Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di seluruh negara petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran ribut petir beserta hujan lebat itu dikeluarkan di seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selain di beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
“Di Kedah, kawasan yang dijangka akan mengalami hujan lebat serta ribut petir ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak kawasan yang terlibat ialah Kerian, Laut, Matang, Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim.
“Di Pantai Timur pula kawasan yang dijangka akan mengalami hujan lebat berserta ribut petir ialah di Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Huku Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin),” katanya di sini tadi.
Katanya, cuaca tersebut diramal akan berlaku sehingga pukul 5.00 petang ini.
“Sementara itu, keadaan sama turut diramala berlaku di Negeri Sembilan, melibatkan daerah Seremban; di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Manakala di Sarawak pula, cuaca berkenaan boleh berlaku di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Daro dan Matu), Kapit dan Limbang,” ujarnya.
Selain itu, katanya, beberapa daerah di Sabah juga bakal dilanda hujan lebat ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.- K!ONLINE