fbpx

13 kawasan di KL alami gangguan air susulan paip pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 13 kawasan sekitar Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Plot 2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, antara kawasan terjejas adalah Taman Muda; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Pandan; Kampung Cheras Baru; Taman Mawar dan Taman Seraya.

Turut terlibat adalah Taman Mega; Taman Bukit Teratai; Taman Melur; Taman Saga; Taman Putra; Pandan Mewah; Taman Mestika.

“Bekalan air telah ditutup pada pukul 11:30 pagi tadi, penutupan bekalan air ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada pukul 11:30 pagi esok dan para pengguna akan mula menerima bekalan air secara berperingkat selepas kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Air Selangor, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di help centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI