fbpx

Selepas papan iklan, Jennie ditawarkan rumah, tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE

KECOH baru-baru ini selepas seorang pensohor media sosial yang juga ahli perniagaan Filipina sanggup berhabis wang sebanyak 35 juta won (RM123,000) bagi menempah sebuah papan iklan khas buat penyanyi Jennie Blackpink.

Lelaki bernama Christian Albert Gaza itu mengakui, sudah tiada idea lain untuk menghubungi Jennie dan hanya dengan cara tersebut, dapat meleraikan keinginannya bertemu penyanyi itu.

“Saya tak tahu cara lain untuk menghubungi Jennie, jadi saya iklankan di tengah-tengah kota, beberapa kilometer dari pejabat YG Entertainment,” tulisnya dalam Facebook.

Tidak terhenti di situ, Albert kemudian memuat naik entri terbaharu memberitahu dia sebenarnya mahu memberikan Jennie sebuah rumah dan sebidang tanah lot di Korea Selatan.

“Pelan asal adalah untuk memberikan Jennie rumah dan lot tanah di Korea Selatan.

“Sayangnya, saya dapat tahu bahawa mereka tidak akan menerima lagi hadiah daripada peminat tegar seperti saya.

“Sebab itu, saya membuat keputusan untuk menaikkan jemputan makan malam buat Jennie menggunakan papan iklan,” katanya lagi.

Sebelum ini, dilaporkan seorang pensohor media sosial sanggup berhabis RM123,000 (1.5 juta Peso) menyewa sebuah papan iklan di Seoul, Korea Selatan dengan tujuan mengajak ahli kumpulan Blackpink, Jennie keluar makan malam bersamanya.

Sehingga kini, tiada sebarang komen atau kenyataan yang dikeluarkan YG atau Jennie berhubung perkara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI