fbpx

Sekolah di lima negeri dibuka 21 dan 22 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) mengikut ketetapan pengoperasian Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kedah akan bermula pada 21 November depan.

KPM dalam satu kenyataan berkata, bagi Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula, ia akan bermula pada 22 November depan.

“Ini akan melibatkan kehadiran murid tahun 1 hingga 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah,” katanya hari ini.

Pengoperasian tersebut adalah merujuk kepada pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 5 November lalu berkaitan peralihan fasa PPN bagi negeri Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah berkuat kuasa pada 8 November 2021.

Institusi pendidikan bawah KPM turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

Dalam pada itu, katanya, KPM menyarankan agar ketetapan itu turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.

“Ia termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI