JASIN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Kolej Komuniti Selandar di sini pagi ini.
Beliau menjadi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Beliau tiba di PPC bersama-sama pencadang dan penyokong kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
“Saya berserah kepada Allah,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai keyakinannya memenangi kerusi DUN Asahan. – K! ONLINE