fbpx

PRN Melaka: Keputusan permohonan Adly Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Rabu ini (10 November) bagi keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari bagi mencabar keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan membatalkan Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka serta-merta.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan tersebut selepas selesai mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Dalam prosiding hari ini, pemohon diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli manakala responden-responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, S. Nakunavathy.

Terdahulu Nakunavathy ketika berhujah berkata permohonan bagi membatalka PRN Melaka dijadualkan pada 20 November ini tidak boleh dipertikaikan di mahkamah.

Dalam hujahannya melalui bantahan awal yang dibuat, beliau berkata kuasa untuk membubarkan DUN adalah terletak pada negeri dan perkara itu tidak boleh dihujahkan di mahkamah.

“Berdasarkan kes yang diputuskan sebelum ini, adalah jelas bahawa perkara membabitkan perisytiharan dan pembubaran DUN adalah dilindungi daripada penelitian mahkamah,” katanya.

Menurutnya nasihat dan keputusan untuk membubarkan DUN adalah sebahagian daripada proses yang membawa kepada perisytiharan pembubaran dewan yang tidak boleh dibawa kepada permohonan semakan kehakiman.

Adly ,50, selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman itu menerusi firma guaman Gan Ho& Razlan Hadri dengan menamakan Ketua Menteri Melaka (caretaker), Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof sebagai responden pertama dan kedua.

Sementara responden ketiga dan keempat ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI