fbpx

Polis siasat video tular sekumpulan individu langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan sekumpulan individu melanggar SOP pada 3 November lalu.

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung satu video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang berlaku di Jalan Little India, Pekan Brickfields di sini pada 3 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, video berdurasi 36 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan sekumpulan orang ramai sedang melihat pembakaran bunga api di tengah jalan.

“Video ini juga menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bermain alat muzik (gendang) sambil menari dan kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 malam hingga 12.30 tengah malam.

“Menerusi video itu juga memaparkan suasana sambutan perayaan Deepavali tanpa penjarakan sosial dan kelihatan beberapa orang awam didapati tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, video tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi awam ke atas kerajaan Malaysia.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tersebut kerana bimbang mendatangkan kegusaran awam.

“Pihak polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang berlaku di negara dan penyiasatan akan dijalankan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” ujarnya.

Tambahnya, saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI