fbpx

Pengusaha bas sekolah rayu bantuan khas RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Haron

KUALA LUMPUR – Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) merayu agar kerajaan memberikan bantuan khas RM1,500 sebulan dalam tempoh dua bulan bagi memastikan kelangsungan industri mereka.

Pengerusi PBSSPKL, Mohd. Haron Mohd. Sidik berkata, bantuan itu secara langsung dalam meringankan beban pemain industri yang bergelut dengan jumlah penumpang berkurangan.

Katanya, walaupun sekolah dibuka secara bergilir bermula hari ini namun pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan tidak sampai 10 orang.

“Kita bimbang dengan hala tuju industri bas sekolah di negara ini yang semakin suram.

“Bantuan khas itu secara langsung membantu pengusaha memperharui insurans dan cukai jalan, pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), baik pulih bas dan gaji pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ibu bapa masih bimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menggunakan bas sekolah kerana jumlah kes harian pandemik Covid-19 masih terlalu tinggi.

Tambahan, Mohd. Harun memberitahu, ramai murid-murid turut belum mendapat dos kedua lagi.

“Keadaan ini semua merencatkan operasi bas-bas sekolah dengan ramai pengusaha mengeluh akan nasib mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI