fbpx

MemandangMu, cinta Teguh Budiman, Aidit Alfian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU MemandangMu menjadi runut bunyi untuk drama I.C.U.

KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perihal tersebut jelas terlihat menerusi gabungan komposer popular, Aidit Alfian bersama anak keduanya iaitu Teguh Budiman dalam memberi santapan jiwa kepada khalayak melalui sebuah lagu.

Menurut Aidit, lagu indah yang diberi tajuk MemandangMu tersebut mempunyai pengertian yang besar untuk disampaikan kepada khalayak.

Melodinya menyentuh hati, bait-bait liriknya pula ditulis dengan penuh makna dan pembawaan kepada istilah cinta dan kenal.

Lirik yang ditulis oleh Aidit, Raja Mukhlis dan Bakhtiar Effendy dalam MemandangMu, antara lain bercerita tentang pencarian cinta.

Menurut Aidit yang bertindak selaku penulis lagu dan lirik, dia bertemu cabaran tersendiri membawakan MemandangMu yang merupakan runut bunyi drama I.C.U yang ditayangkan menerusi platform penstriman, Nurflix.

“Lagu ini pada saya, perihal mencari dan macam kisah percintaan dengan Tuhan. Untuk nak mencintai itu senang tetapi mesti bawa pada penyerahan. Kalau tak kenal, bagaimana nak cinta?” ujar komposer lagu Tak Tercapai Akalmu itu.

Menarik untuk didalami dan diselusuri lirik MemandangMu kerana pemilihan bait-bait diambil daripada surah al-Baqarah ayat 115 dan an-Nur (ayat 35).

DUA jiwa yang mengalir darah yang sama, Aidit dan Teguh tidak berdepan cabaran mencipta keserasian ketika menjayakan rakaman lagu MemandangMu.

Sesuai dengan penyampaian lagu tersebut yang menyentuh tentang cahaya di sebalik gelita dan perihal ‘memandang-Mu’ itu sendiri.

Tambah Aidit lagi, cabaran awal buat dirinya adalah dalam bentuk rakaman vokal yang mengambil masa hampir sebulan kerana mahukan pemilihan yang tepat.

“Paling ‘stress’ apabila nak jaga vokal kerana saya bukan penyanyi dan tidak pernah jaga vokal sendiri. Akhirnya siap juga. Pembikinan muzik untuk lagu ini tidak lama dan Pacai bantu dari segi susunan muzik,” katanya.

Menyentuh tentang pemilihan Teguh sebagai regu dalam lagu tersebut, Aidit sendiri memilih anaknya itu untuk bernyanyi bersama.

Selain itu, ada fakta menarik lain apabila MemandangMu turut mendapat sentuhan anak muda seperti Raja Nazrin Shah (daripada Sekumpulan Orang Gila – SOG) untuk rakaman cello.

“Lagu ini ‘kena’ kerana dalam drama I.C.U berkisar tentang hubungan anak dan bapa. Tidak susah untuk menjaga vokal Teguh kerana kami senang berkomunikasi dan dia pula boleh menyanyi berdiri lama-lama.

“Bukan mudah untuk seorang penyanyi berdiri dan bertahan lama-lama tetapi dia mampu lakukan,” komen Aidit tentang anak lelakinya yang kini berusia 23 tahun.

Beruntung

Berpeluang merakamkan vokal bersama, Teguh tenang, namun dalam masa sama mengakui beruntung.

“Saya sangat baharu dan lagu MemandangMu merupakan satu ‘breakthrough’ untuk saya lebih tahu tentang dunia muzik dan bagaimana untuk sampaikan sesuatu lagu.

Ini lebih kepada membina karakter,” ujar Teguh.

Tambah Teguh, ada cabaran yang dilaluinya, namun apa yang lebih penting adalah bagaimana dia menyahutnya. Lebih tepat cabaran sebenarnya ialah bagaimana cara mencari diri sendiri di dalam lagu MemandangMu.

BARU mula berjinak-jinak dalam dunia seni, Teguh selesa mendapat panduan dan tunjuk ajar daripada bapa sendiri.

“Tanpa bapa, tak mungkin saya mampu melalui melalui semua ini. Far to reach,” katanya penuh makna.

Apabila ditanyakan momen dan pengalaman bernyanyi bersama bapa, Teguh mengakui dia berasa selesa kerana perjalanan dilaluinya dituntun dengan cara bapanya.

Malah dia mengaku harus meletakkan jauh perasaan takut dengan kepakaran bapanya supaya berasa selesa.

“Jangan takut dengan kehandalan dia. Kena terima diri dia seadanya,” katanya ketawa kecil.

Pada usia muda dan membuat kemunculan dalam dunia muzik dengan lagu kerohanian, Teguh ditanya perihal perjalanannya kelak.

Akui anak muda yang baru berjinak-jinak bermain instrumen gitar itu, dia tidak pernah tahu perjalanan seninya akan terarah ke haluan mana. Hal ini kerana dia mengikut perancangan yang dipandu oleh Aidit.

“Untuk menjiwai lagi kerohanian, dengan kehadiran bapa, tenaga senang disebarkan. Cabaran dipermudahkan,” tambahnya yang meminati lagu-lagu nyanyian Iwan Fals dan Damian Rice.

Penggambaran video muzik lagu MemandangMu yang diarahkan Saiem Muhammad berjaya disiapkan dalam masa sehari bertempat di Istana Budaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI