fbpx

Malaysia, Singapura akan lancarkan VTL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 29 November depan.

Dalam satu kenyataan bersama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong berkata, di bawah VTL, individu lengkap divaksinasi boleh mengembara antara Malaysia dan Singapura.

Katanya, menerusi VTL, mereka harus menjalani ujian Covid-19 tanpa perlu menjalani kuarantin kendiri atau diberikan notis jangan keluar rumah (SHN).

“Kedua-dua Perdana Menteri juga berharap dapat membuka laluan darat antara kedua-dua negara dalam masa terdekat.

“Mereka memaklumkan terdapat perkembangan baik berhubung perbincangan berkenaan skema perjalanan vaksinasi dan pembukaan Tambak Johor dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia Singapura (Linkedua) dengan mengambil kira keadaan kesihatan awam di Johor dan Singapura,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, VTL akan membolehkan perjalanan dilakukan ketika kedua-dua negara membuka sempadan masing-masing secara berperingkat-peringkat.

“Ia dilakukan dengan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi namun pada masa sama memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat daripada Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI