fbpx

Lampard terkait jawatan di Norwich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD

LONDON – Legenda Chelsea, Frank Lampard dikaitkan de­ngan jawatan sebagai pengurus baharu Norwich City yang memecat pengendali semasa mereka, Daniel Farke awal pagi semalam.

Farke menerima kejutan berkenaan selepas membantu pasukan itu mencatat kemenangan pertama musim ini ketika menewaskan Brentford 2-1 di Stadium Komuniti Brentford kelmarin selepas mencatat lapan kekalahan dan dua seri sebelum ini.

Para pemerhati percaya, Lampard adalah calon kegemaran untuk mengisi kekosongan tersebut selain beberapa nama seperti Russell Martin, Nuno Espirito Santo, Steve Bruce, Mark Robins, Neil Warnock dan Sam Allardyce turut tersenarai.

Lampard bebas daripada sebarang kontrak sejak Januari lalu selepas dipecat oleh Chelsea yang melantik Thomas Tuchel sebagai pengganti dan masih belum menyertai mana-mana pasukan.

Pada musim panas lalu, Lampard dalam satu temu bual mengakui tidak putus asa selepas apa yang berlaku dalam karier kejurulatihannya dan masih berminat untuk mengemudi pasukan sekiranya diberikan peluang.

“Saya sangat sukakan tugas sebagai pengurus dan gemar dengan cabaran. Saya mempunyai dua pengalaman, bersama Derby County dan Chelsea, saya bersedia untuk kembali menjadi pengurus apabila masanya sudah tiba,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Sukan Norwich, Stuart Webber dalam satu kenyataan mengakui keputusan memecat Farke adalah yang terbaik demi masa depan kelab yang lebih baik.

“Keputusan ini tidak mudah untuk kami lakukan tetapi ia demi kelab ini. Kami fikir ia adalah masa yang sesuai untuk membawa perubahan bagi memastikan kelab ini kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI