fbpx

Lady Gaga jadi psiko kerana Patrizia Reggiani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM House of Gucci akan mula menemui penonton pada 24 November ini.

SELEPAS selesai menghabiskan penggambaran filem berjudul House Of Gucci, penyanyi terkenal Lady Gaga mendedahkan bahawa dia berdepan dengan masalah psikologi disebabkan filem tersebut.

Ujar pelantun lagu Bad Romance itu, disebabkan terlalu mendalami wataknya sebagai Patrizia Reggiani, dia sukar untuk kembali menjadi dirinya dalam kehidupan realiti.

“Ketika berada di dalam bilik hotel, saya tetap bercakap seperti watak Reggiani walaupun ketika itu saya tidak berada di set penggambaran.

“Saya dapat rasakan diri saya menjadi seperti dia (Reggiani). Saya masih ingat, ketika keluar berjalan-jalan, tiba-tiba saya menjadi panik sebab saya sangka sedang berada di set penggambaran filem tersebut,” jelasnya.

Disebabkan masalah dihadapinya, Gaga hidup sebagai ‘Reggiani’ selama lebih setahun dan bercakap dalam dialek Itali.

Lady Gaga bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul House Of Gucci dengan memegang watak sebagai isteri kepada waris dinasti fesyen Gucci.

Dia membawa watak Patrizia Reggiani iaitu bekas isteri Maurizio Gucci yang didapati bersalah kerana mendalangi pembunuhan bekas suaminya itu.

Filem berkenaan akan ditayangkan pada 24 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI