fbpx

Kes tipu beli barang online meningkat dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan kes penipuan dalam talian yang berlaku di negara ini boleh melonjak hingga dua kali ganda sehingga hujung tahun ini berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejak Januari hingga Oktober tahun ini kes penipuan yang dilaporkan telah mencecah 8,162 kes berbanding 5,846 pada tahun sebelumnya dan 3,512 pada 2019.

Beliau berkata, jumlah kerugian melibatkan penipuan belian secara online juga dilihat meningkat secara konsisten.

“Setakat Oktober tahun ini, kerugian akibat pembelian online telah mencecah RM58 juta berbanding RM41 juga pada tahun 2020 manakala RM28 juta pada 2019.

“Bererti kemungkinan kalau tunggu sehingga Disember nanti kemungkinan akan hampir dua kali ganda berbanding kes yang dilaporkan pada 2020 dan tiga kali ganda berbanding tahun 2019,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021 di sini hari ini.

Terdahulu, kempen tersebut dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dalam usaha menangani ancaman jenayah komersial khususnya jenayah dalam talian yang semakin kompleks.

Sempena pelancaran kempen itu juga, Acryl Sani melancarkan Sistem Hebahan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan Masking Code PDRM.

Sistem berkenaan merupakan platform penyaluran dan hebahan maklumat kepada masyarakat khususnya mengenai pencegahan jenayah dalam talian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI