PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan dilaporkan perlahan berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan.
Menurut Lembaga Lebuhraya (LLM) kerja penyelenggaraan sedang dilakukan di kedua-dua arah melibatkan beberapa laluan di Lebuh Raya Utara Selatan.
“Terdapat kerja peyelenggaraan sedang dilakukan di Kilometer (KM) 6.0 hingga KM 4.0 arah selatan dari Kempas ke Persimpangan Dato’ Onn.
“Lorong kiri di laluan tersebut ditutup dan aliran trafik perlahan sepanjang 2.5 KM,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, di KM 368.1 hingga KM 366.1 arah utara dari Slim River ke Sungkai, trafik perlahan disebabkan kerja penyelenggaraan dan lorong kanan juga ditutup.
“Aliran trafik dilihat perlahan sepanjang 2 KM dan sila patuhi arahan papan tanda,” katanya lagi.
Orang ramai turut dinasihatkan agar bijak dalam merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kelewatan. – K! ONLINE