fbpx

[KEMASKINI] Mayat kanak-kanak lemas ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kanak-kanak lelaki yang lemas di Sungai Perupok ditemui pagi ini.

YAN – Mayat kanak-kanak yang lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Perupok di sini semalam ditemui pagi ini.

Mangsa, Muhammad Hafizan Awaisy, 6, ditemui penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari kanak-kanak terbabit kira-kira pukul 10.05 pagi.

Mayat mangsa ditemui di dasar sungai Kampung Setar yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI