fbpx

Hadiahkan air kotak tanda terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang kanak-kanak lelaki menyantuni pekerja pembersihan yang sedang mengangkat sampah di hadapan rumahnya sambil memberikan air kotak.

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki menghargai jasa pekerja pembersihan dengan memberi air kotak baru-baru ini mendapat pujian orang ramai.

Gelagat tersebut mendapat pujian ramai kerana telatahnya menyantuni pekerja pembersihan yang sedang mengangkat sampah di hadapan rumahnya.

Menerusi sebuah video berdurasi 34 saat, budak lelaki itu memberikan beberapa kotak air minuman kepada pekerja pembersihan dan disambut dengan senang hati oleh para pekerja tersebut.

Sebelum beredar ibu bapa kanak-kanak itu juga sempat mengajar dia untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut dan melambai sebelum masuk ke rumah.

Video berkenaan mendapat lebih 132,500 tontonan dan 10,900 komen di laman aplikasi TikTok.

Salah seorang pengguna @Elfiqadewi berkata, tindakan ibu bapa berkenaan sangatlah bagus kerana mengajar untuk menghargai individu yang penat bekerja seperti ini.

“Bagusnya ajar anak hargai orang-orang yang kerja penat macam ini, tanpa mereka mungkin kawasan kita tak akan bersih macam sekarang,” jelasnya.

Sementara itu, @Husnanrzln berkata, apabila melihat video ini dia teringat akan pesan ayahnya yang selalu menasihatinya supaya menjadi anak soleh dan sentiasa menyenangkan orang sekeliling.

“Peringatan buat diri saya, ayah selalu ajar kami macam ini, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyenangkan orang sekeliling.

“Apa-apa pun terbaik abang dengan kakak ajar adik ini bersedekah moga murah rezeki awak sekeluarga,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI