fbpx

City manipulasi ‘ketakutan’ United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERNARDO Silva (kanan) berjaya meledak gol kedua City ketika mereka membenam United 2-0 di Old Trafford kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui kejayaan pasukannya mendominasi perlawanan dan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Manchester United ekoran seteru setempat mereka itu ber­aksi dengan terlalu berhati-hati.

Pada aksi berkenaan, City jelas berjaya menguasai perlawanan sejak dari minit awal sehingga wisel penamat untuk memboleh­kan Guardiola menikmati kemenangan keenam di Old Trafford sepanjang lima tahun bersama The Citizens.

‘Secara jujurnya, saya tidak pernah menganalisis atau mempersoalkan apa yang dlakukan oleh pasukan lawan. Mereka me­nunggu untuk menghukum kami dengan serangan balas pantas.

“Cara terbaik untuk ‘mendiamkan’ Old Trafford adalah me­nguasai bola, melakukan banyak hantaran dan mengasak gawang mereka dari sebelah kanan dan kami melakukannya.

“Kami mengawal dan me­ngawal permainan, mereka me­nunggu untuk mencari peluang. Cara terbaik untuk menghalang mereka adalah pastikan kami menguasai bola. Itu rahsia kemenangan kami.

“Tidak kisah di mana kami bermain, sama ada di tempat sendiri atau di stadium lawan, kami hanya akan mempamerkan cara kami sendiri. Menentang pasukan jiran, kami berjaya me­lakukan dengan sempurna,” ­katanya.

Dalam pada itu, pemain te­ngah City, Phil Foden mengakui perlawanan itu adalah yang terbaik buat dirinya dan pasukan selepas segala perancangan berjalan dengan baik terutama berjaya menguasai permainan.

“Segalanya lancar. Kami me­nguasai permainan dan mencipta banyak peluang. Kami menguasai mereka sejak awal sehingga akhir dan menyempurnakan peluang untuk menghukum mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI