fbpx

Berpeluh ajar imbang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang cikgu sekolah memandu yang sedang melatih seorang penunggang motosikal tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Tenaga pengajar merupakan golongan yang perlu dihormati dan disanjung tinggi kerana usaha mereka telah banyak membantu insan lain.

Tidak kira cikgu sekolah, pensyarah universiti mahupun cikgu sekolah pondok, jasa mereka cukup besar dalam melahirkan generasi berilmu.

Namun, dalam satu perkongsian di media sosial Facebook, satu klip video yang menyaksikan seorang cikgu sekolah memandu yang sedang mendidik anak buahnya menunggang motosikal mengundang sebak orang ramai.

Perkongsian itu menyaksikan seorang cikgu sekolah memandu sedang berusaha keras bagi memastikan anak muridnya mampu menunggang motosikal dengan betul.

Walaupun berada dalam cuaca panas, cikgu tersebut tabah dengan menolak dan mengajar cara mengimbangi motosikal terhadap seorang wanita.

Perkongsian tersebut ternyata membuatkan orang ramai sebak dan ada juga yang menzahirkan ucapan tahniah terhadap usaha yang dilakukan cikgu tersebut.

“Sebak pula aku tengok video ni, cikgu sekolah memandu ni orang tak peduli sangat sebelum ini. Tapi usaha mereka mengajar orang bukan kecil anak.

“Ada yang langgar orang, ada yang langgar bangunan. Mereka tetap sabar, tahniah aku ucapkan kepada cikgu ni,” jelas Azman Hamat.

“Dia sanggup tolak dalam panas, aku rasa berat jugak perempuan tu. Nak imbang motor bukan mudah bagi orang yang pertama kali nak cuba.

“Kita sama-sama doakan usaha yang dilakukan cikgu ini berhasil, tahniah cikgu,” jelas Mohd Izami. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI