SEBERANG PERAI – Masalah kekurangan aset terutamanya yang melibatkan logistik ketika mengendalikan sesuatu operasi bencana alam seperti banjir masih membelenggu Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Roslan Wahab berkata, justeru, tidak hairanlah sekiranya APM masih memerlukan bantuan daripada daerah atau negeri jiran setiap kali berlakunya bencana tersebut di sesuatu kawasan terutamanya yang agak terpencil.
Katanya, dari segi keanggotaan pula, pihaknya bagaimanapun tidak menghadapi masalah untuk menggerakkan anggota APM kerana penugasan berkaitan Covid-19 ketika ini seperti kawalan di Pusat Pemberian Vaksin, pengurusan jenazah dan sekatan jalan raya semakin berkurangan.
“Bagaimanapun, kekangan dari segi aset (logistik) itu masih ada. Kita perlukan lebih banyak kenderaan pacuan empat roda untuk bergerak ke kawasan terpencil. Begitu juga dengan bot-bot bersaiz kecil dan lori bersaiz tiga tan,” katanya kepada pemberita hari ini.- K! ONLINE