fbpx

35 kes kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 35 kes kematian Covid-19 dilaporkan dengan lima daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID).

Menurut data pada laman web CovidNow, angka itu menjadikan jumlah kematian di seluruh negara sebanyak 29,291 kes manakala, sebanyak 5,924 kes BID direkodkan.

“Dalam masa sama, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kematian dilaporkan di Johor (6), Sarawak (6), Perak (5), Terengganu (5), Kelantan (4), Pahang (4), Negeri Sembilan (1), Pulau Pinang (2) dan Sabah (2) serta tiada kematian di Kedah, Melaka, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI