fbpx

Semalam jumpa yu paus, hari ini ikan lumba-lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan lumba-lumba yang dirakam Roslizan ketika muncul di perairan Pulau Pinang.

BALIK PULAU – Seorang nelayan tidak menduga kepulangannya dari perairan berdekatan Pulau Kendi di sini diiringi sekumpulan lima ekor ikan lumba-lumba bersaiz dua meter sehingga ke Jeti Nelayan Teluk Kumbar hari ini.

Roslizan Ramli, 40, berkata, dia tergamam melihat hidupan laut itu mengekori sampannya sepanjang perjalanan pulang pada pukul 2 petang.

Menurutnya, jarak lokasi dia menemui ikan lumba-lumba itu adalah kira-kira 200 meter dari pantai berkenaan.

“Saya tak sangka jumpa lagi hidupan laut yang begitu jarang ditemui di kawasan berdekatan pantai Teluk Kumbar. Biasanya spesies ini kerap ditemui berdekatan perairan Pulau Kendi.

“Hampir setengah jam ikan lumba-lumba itu berenang di tepi sampan dan saya sempat memberi makan ikan selangat. Ia kelihatan sangat jinak,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Roslizan menemui seekor ikan yu paus bersaiz tujuh meter semasa dalam perjalanan keluar memancing di Pulau Kendi pada pukul 10 pagi.

Dia memberitahu, hidupan laut bersaiz besar akan timbul di permukaan laut setiap kali peralihan angin monsun berdasarkan pengalamannya sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI