fbpx

Selangor turunkan barisan terkuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR bakal mempertaruhkan skuad terbaik ketika berdepan TFC dalam misi untuk membalas kekalahan yang dialami mereka sebelum ini.

PENGENDALI Selangor FC, Karsten Neitzel mengakui tidak akan merehatkan barisan pemain terbaik sebaliknya kese­belasan utama terkuat akan diturunkan menjelang aksi penting peringkat Kumpulan C menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium MB Petaling Jaya, malam ini.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah telahpun mengikut jejak TFC untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila kedudukan mata mereka tidak mampu lagi dikejar dua pasukan iaitu Perak FC dan Kuching City.

Kata Neitzel, tiada sebab untuk barisan kejurulatihan merehatkan beberapa pemain utama kerana saingan suku akhir masih berbaki seminggu selain anak-anak buahnya ketika ini perlu meneruskan momentum cemerlang.

“Bagi baki dua perlawanan nanti khususnya aksi bertemu TFC, sudah tentu kami akan meletakkan barisan pemain terbaik dalam kesebelasan utama dan saya pasti siapa sahaja yang diturunkan akan memberikan seratus peratus di atas padang.

“Kami tidak kisah meng­akhiri saingan sebagai status naib juara atau juara kumpulan kerana apa yang penting misi untuk meloloskan diri ke pe­ringkat suku akhir sudah dicapai,” katanya.

Mengulas lanjut, pengendali dari Jerman itu turut mengakui penyerang import pasukan, Ifedayo Olusegun yang masih lagi mengalami kecederaan mungkin terpaksa direhat untuk aksi bertemu Sang Penyu nanti.

“Ifedayo masih lagi cedera dan kami masih ada beberapa pemain yang boleh mengisi kekosongannya,” kata Neitzel.
Skuad Gergasi Merah ketika ini sedang memburu trofi Piala Malaysia buat kali ke-34 selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI