fbpx

Sebak tengok ‘baby bump’ Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA tetap menmgunci mulut tentang kehamilannya.

NEELOFA masih mengunci mulut tetapi video yang menampakkan perut ‘berisinya’ semakin mendapat perhatian.

Itu yang sedang hangat berlaku dalam media sosial sepanjang minggu ini apabila video bentuk ‘baby bump’ Neelofa di sebuah majlis tular.

Disebabkan video tersebut, ramai yang mula membuat andaian usia kandungan isteri Harris Ismail itu sudah mencecah lebih lima bulan.

Tidak terhenti di situ, ada juga yang memuji tindakan Neelofa merahsiakan berita kehamilan walaupun sudah terang lagi bersuluh.

“Rahsiakan pertunangan hebohkan perkahwinan. Sembunyikan kandungan hebohkan kelahiran. Salah satu contoh yang kita boleh ikut pasangan ini,” puji seorang netizen.

Dengarnya ada juga yang menitiskan air mata kerana terlalu sebak melihat artis kesayangan mereka sedang hamil. Lain macam betul penangan Neelofa.

Kita doakanlah Neelofa dan anak dalam kandungannua sihat dan selamat melahirkan nanti. Jangan berahsia pula jika sudah bersalin.

DIVA: Program MeleTOP seperti hilang seri sejak Neelofa mengundurkan diri. Mungkin perlu fikir konsep baharu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI