fbpx

PRN Melaka: Iman pertama kali letak calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iman bakal mempertaruhkan calon sulung dalam PRN Melaka

SEREMBAN – Buat pertama kalinya sebuah parti yang mewakili masyarakat India Muslim di negara ini Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) akan bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden Iman, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak berkata, keputusan untuk tampil buat julung-julung kalinya dalam pilihan raya selepas ditubuhkan dua tahun lalu adalah sebagai menguji kekuatan dan populariti parti itu.

“Iman ditubuhkan pada 2019, sebagai sebuah parti politik, kita seharusnya mengambil bahagian dalam sesuatu pilihan raya.

“Buat masa ini kami bertanding satu kerusi, pertama kali, jadi kami cuba dahulu, insya-Allah,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman calon Iman bagi PRN Melaka di sini hari ini.

Mereka akan diwakili, Ketua Cawangan Iman Machap Jaya yang juga seorang ahli perniagaan, Abdul Aziz Osani Kasim, 52. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI