fbpx

Pas lebih serius menentang perbuatan lompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

KUALA TERENGGANU – Pas konsisten menentang perbuatan lompat parti dengan mewajibkan semua lapan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk melafazkan sumpah baiah.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sumpah baiah tersebut bertujuan memastikan calon-calon tersebut terus istiqamah dengan tidak bertindak meninggalkan parti sekiranya memenangi kerusi masing-masing kelak.

“Pas tidak macam PH (Pakatan Harapan) bercakap kononnya menentang agenda lompat parti (tetapi) tiba-tiba (PRN) Melaka, terima orang yang keluar parti.

“Yang menimbulkan masalah di Melaka sekarang ini (sehingga Dewan Undangan Negeri terbubar) ialah mereka yang lompat parti ini, tiba-tiba diterima sebagai calon pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Muktamar Pas ke-67 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta rakyat Melaka melakukan penilaian dan memilih parti yang lebih serius menentang agenda lompat parti sebelum membuang undi pada 20 November ini.

PH sewaktu mengumumkan 28 calon dalam PRN Melaka kelmarin turut mempertaruhkan Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN).

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka dan Nor Azman merupakan antara empat ADUN yang menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali sehingga menyebabkan DUN negeri itu terbubar pada 4 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI