MINGGU ini, nama Sharifah Rose dan Redza Rosli tiba-tiba membanjiri ruangan media sosial.
Semuanya gara-gara ledakan drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang memasuki episod akhir semalam. Hebat juga impak drama ini walaupun pada awalnya menerima kecaman hebat daripada netizen.
Kini, para pelakonnya pula menjadi kegilaan ramai sehingga ada yang mahu Rose dan Redza disatukan sebagai kekasih dalam dunia realiti.
Kata mereka, pasangan itu sangat serasi. Mana tidaknya, kedua-dua mereka nampak sangat mesra setiap kali bersiaran langsung dalam Instagram.
“Suka sangat lihat cara Redza memandang Rose. Semoga berjodohan.
“Kalau Rose dengan Redza bercinta, ramai yang sokong,” komen seorang peminat mereka.
Disebabkan hal tersebutlah ramai yang mahu mereka bercinta. Kalau dua-dua masih solo, apa salahnya mencuba bukan?
DIVA: Seronoknya lihat Sharifah Rose yang kini berada di Korea Selatan untuk urusan kerja. Rezeki betul dapat ke luar negara ketika musim Covid-19.