fbpx

MySejahtera mohon maaf, salah beri status HSO, PUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MySejahtera mengeluarkan permohonan maaf susulan kesilapan teknikal yang berlaku pada aplikasi tersebut.

PETALING JAYA – MySejahtera memohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku pada aplikasi tersebut di mana terdapat pengguna diberikan status orang di bawah pengawasan (PUS) dan perintah kuarantin di rumah (HSO) secara rawak.

MySejahtera melalui hantaran di Twitternya tadi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti punca perkara itu berlaku dan status HSO telah dipadamkan manakala status PUS yang salah telah dibetulkan.

 

Tangkap layar aduan pengguna di Twitter.

“Selamat pagi semua, kami memohon maaf atas kesilapan kami yang membenarkan pengguna rawak diberikan status HSO/PUS.

“Kami telah kenal pasti punca yang membuatkan perkara ini berlaku. Semua HSO yang salah telah dipadamkan dan status PUS yang salah dibetulkan semula,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, orang ramai membuat aduan di aplikasi Twitter berkenaan status MySejahtera mereka yang tiba-tiba berubah menjadi warna jingga atau merah.

Keadaan itu didakwa terjadi kepada pengguna yang mengemas kini status Covid-19 pada aplikasi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI