fbpx

Mayat kanak-kanak lelaki dibaham buaya ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung Bakau Lama, Lahad Datu ditemui pagi tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

LAHAD DATU – Mayat kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung Bakau Lama semalam ditemui pagi tadi.

Mangsa, Ibrahim Volintiono, 10, ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 6.41 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disambung pada hari kedua dimulakan kira-kira pukul 6.30 pagi bersama penduduk kampung.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan terapung pada jarak 700 meter dari lokasi kanak-kanak itu diserang.

“Selain itu, turut terdapat kesan gigitan pada kaki kiri mangsa dipercayai akibat digigit buaya.

“Bagaimanapun, mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Sumsoa memaklumkan mayat kanak-kanak terbabit, kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI