fbpx

Kaji skim pencen bekas tentera hidup miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRUDDIN OMAR (kanan) menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Mohd Ayob Shari pada mesyuarat Agung Persatuan Veteran ATM Pahang di Maran hari ini.

MARAN – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Malaysia menggesa kerajaan melaksanakan penyelarasan pencen yang lebih munasabah kepada bekas tentera selaras dengan peningkatan taraf hidup semasa.

Presiden Persatuan Veteran ATM, Kapten (B) Datuk Shahruddin Omar berkata, pelarasan itu perlu turut membabitkan veteran tentera zaman menentang komunis dan konfrontasi yang tidak mendapat kenaikan pencen berbanding tentera generasi baharu.

“Ketika ini ramai veteran tentera berada pada tahap kemiskinan terutama anggota berpangkat rendah yang tidak sepadan dengan jasa mereka terhadap negara, bangsa dan agama yang mana ada saya temui seorang pegawai warran berusia 76 tahun hanya menerima pencen kira-kira RM900 tanpa sebarang kenaikan pencen tahunan.

“Jadi kerajaan wajar memandang serius isu veteran ATM yang hidup dalam taraf kemiskinan termasuk anggota rendah ATM,” katanya pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran ATM Pahang di Dewan Terbuka Tengku Muda Pahang di sini, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI