fbpx

Dari arkitek ke lapangan penyiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQA terpaksa tinggalkan karier sebagai arkitek demi mengejar cita-cita menjadi pengacara.

MINAT mendalam untuk beraksi di depan kamera sejak kecil mendorong Atiqah Nabilah Aidi mendalami ilmu pengacaraan walaupun mempunyai latar belakang berbeza iaitu sebagai seorang graduan jurusan senibina.

Atiqah atau lebih mesra dipanggil Iqa berkata, peluang menjadi hos rancangan di sebuah stesen televisyen swasta pada tahun lalu menjadi titik tolak kepada rezekinya untuk terus bertapak dalam industri penyiaran.

Menurut anak jati Shah Alam ini, dia sentiasa melakukan ‘kerja rumah’ demi memperkemaskan gaya pengacaraan dengan menyertai kelas dan menonton banyak rancangan televisyen terutama melibatkan bual bicara.

Kepada Kosmo! Ahad, wanita berusia 31 tahun ini berkongsi pembabitannya dalam bidang pengacaraan selain berkongsi serta sedikit mengenai latar kehidupannya.

Kosmo! Ahad: Mengapa memilih bidang hos dan penga­caraan?Atiqah Nabilah: Sebagai anak tunggal, saya sentiasa menghadapi masalah dengan keyakinan diri. Saya mengikuti kelas drama bagi mengatasi­nya dan selepas itu timbul pula rasa seronok dapat membuat persembahan, bercakap dan kenal dengan ramai orang serta mendengar cerita mereka.

Sejak bila mula meminati dan bagaimana boleh menceburi bidang ini?
Membesar dengan menonton televisyen, bidang pengacaraan adalah sesuatu yang saya ingin ceburi. Sewaktu bekerja sebagai arkitek sepenuh masa suatu masa dahulu, saya pernah curi-curi masa menghadiri uji bakat sebagai pembaca berita, penga­cara dan pelakon bagi mencuba nasib bertapak dalam industri.

Bagaimana penerimaan keluarga tentang penglibatan anda?
Pada awalnya, ibu bapa saya agak ragu-agu kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah setelah melaburkan masa tujuh tahun dalam bidang seni bina untuk bertukar karier. Begitupun, mereka ak­hirnya boleh menerima pengli­batan saya dan kini menjadi penyokong utama dan pembakar semangat kepada karier ini.

Bagaimana anda meningkat­kan ilmu atau cara pengacaraan dari masa ke semasa?
Mula-mula, saya menyertai pertandingan pengacaraan selain terlibat dalam kelas yang diken­dalikan Datuk Aznil Nawawi. Pengalaman dan tunjuk ajar beliau mengajar saya lebih rele­van dan mencapai langkah me­nuju matlamat.
Segala ilmu pengacaraan bo­leh dikutip melalui kelas tersebut. Saya juga sempat menjadi hos di saluran beli-belah dari rumah. Saya sebenarnya banyak belajar daripada orang lain.

Siapa idola anda dalam hos dan pengacaraan?
Ramai. Pengacara tempatan seperti Daphne Iking, Sazzy Falak, Sherry Alhadad, manakala pengacara luar negara adalah Paula Malai Ali, James Corden dan Trevor Noah.

Pandangan anda tentang golongan muda tentang penggunaan aplikasi TikTok?
Ia aplikasi yang sangat menye­ronokkan dan saya sendiri meluangkan banyak masa di situ! Dengan kandungan yang menarik boleh membantu pereka kandungan berinteraksi dengan pengguna lain. Bagaimanapun, seperti keba­nyakan aplikasi, TikTok juga ada baik dan buruknya, jadi kita perlu bijak agar tidak menjadi ‘ketagih’.

Apakah harapan anda tentang kehidupan menuju pasca Covid-19?
Buat masa ini, saya tidak pasti apa akan terjadi pada masa akan datang dan le­bih senang mengambil pendekatan melalui­nya hari demi hari.
Harapan saya cuma kita semua mendapat kehidupan lebih baik dan semoga kita boleh menghargai kehidupan selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI