fbpx

Buruh miliki dadah lebih RM10,000 tidak sempat cabut lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua dadah bernilai RM10,054 disimpan di dalam beg silang milik suspek semasa dia ditahan di sebuah rumah di Chabang Empat, Tumpat semalam. FOTO IHSAN POLIS

TUMPAT – Seorang buruh dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah cuba melarikan diri dengan membawa bekalan dadah bernilai RM10,054 semasa polis menyerbu rumahnya di Chabang Empat di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, polis menjalankan serbuan di rumah tersebut pada pukul 2 petang selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah di kawasan itu.

Menurutnya, suspek yang berusia 37 tahun didapati berada di hadapan rumah itu dalam keadaan mencurigakan sebelum dilihat melarikan diri dengan memakai beg silang pada badannya.

“Selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis, suspek akhirnya berjaya ditahan. Pemeriksaan di dalam beg yang dipakai suspek telah menemui 944 biji pil kuda, dadah jenis syabu seberat 5.2 gram dan enam biji pil erimin 5.

“Polis tidak menolak kemungkinan kesemua dadah itu untuk dijual pasaran sekitar daerah ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Razi, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tujuh kesalahan rekod lampau berkait kes dadah dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas.

Ujarnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI