fbpx

Baitulmuqaddis hanya untuk Israel- Naftali Bennet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett bercakap ketika bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di Pejabat Oval White House 27 Ogos lalu di Washington, DC. - GPO

WASHINGTON – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet menyatakan bahawa Israel menentang rancangan Presiden  Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk membuka semula pejabat kedutaan AS untuk rakyat Palestin di Baitulmuqaddis, lapor laman berita RT News semalam.

“Kami menjelaskan perkara ini kepada mereka (AS),” kata Bennet ketika  menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar semalam.

Bennet dan Menteri Luar Israel, Yair Lapid dikatakan mengulangi dasar yang sama berhubung isu Baitulmuqaddis.

Presiden AS sebelum ini, Donald Trump memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis. Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Palestin yang melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka pada masa hadapan.

Sebelum ini, cadangan mengembalikan Baitulmaqdis Timur kepada Palestin telah berulang kali dilakukan sebagai penyelesaian dua negara terhadap konflik Israel-Palestin. Bagaimanapun, Rejim Zionis sehingga sekarang menolak pelan penyelesaian sedemikian.

Baitulmuqaddis  adalah “ibu kota  Israel sahaja,” kata Bennet semalam.

Konsulat AS untuk Palestin itu ditutup pada 2019 oleh Trump, dan kerajaan Israel telah menentang rancangan Biden untuk membukanya semula setelah sekian lama. Apabila Biden mengambil alih White House, antara  langkah pertama yang diumumkan oleh pentadbirannya adalah pembukaan semula fasiliti  itu.

Bennet mencadangkan pembukaan konsulat AS untuk Palestin di suatu tempat di luar Baitulmuqaddis  seperti di Tebing Barat. Pentadbiran AS telah menolak cadangan tersebut, lapor  media Israel.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI