fbpx

Amaran ribut petir di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dinasihatkan untuk terus berhati-hati serta mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir di negeri-negeri terlibat diramalkan berlaku sehingga pukul 5 petang nanti.

“Di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan kawasan Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sementara itu, di Sarawak, cuaca sama turut diramal melanda Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh),” katanya di sini hari ini.

Hujan lebat dan ribut petir di Sabah pula diramal di Pendalaman (Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

Dalam pada itu, MetMalaysia menasihati orang ramai untuk terus berwaspada ketika ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan pihaknya melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media rasmi jabatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI