fbpx

2 jam terperangkap akibat air pasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengatur gerak bagi membantu menyelamatkan dua pemancing yang terperangkap akibat fenomena air pasang ketika memancing di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Dua lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di batu tunggul akibat air pasang ketika memancing di kawasan berhampiran Kolam Udang Ladang Mados, Pantai Tanjung Balau semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Khairul Sufian Dahari berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.46 malam sebelum menghantar sembilan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dipercayai telah terperangkap kira-kira dua jam akibat air pasang berlaku sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat dua orang mangsa lelaki berusia 20-an terperangkap di batu tunggul pantai ketika melakukan aktiviti memancing.

“Mereka terperangkap ekoran fenomena air pasang di mana mangsa sedang leka memancing sebelum air mulai pasang.

“Operasi menyelamat kemudiannya menggunakan sebuah bot nelayan tempatan dan mangsa telah dijumpai berada di atas batu tunggul pantai dalam keadaan selamat,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa selamat telah dibawa ke jeti berhampiran dan operasi ditamatkan pada pukul 2.45 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI