fbpx

16 pendaki ditahan ceroboh Hutan Bukit Kutu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDAKI yang ditahan kerana memasuki HSK Bukit Kutu tanpa permit sah semalam.

SHAH ALAM – Tindakan 16 pendaki memasuki hutan simpan tanpa permit sah di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Bukit Kutu, Hulu Selangor memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa semalam.

Penahanan kesemua individu berusia 32 hingga 59 tahun itu dilakukan ketika mereka mendaki kawasan berkenaan, kira-kira pukul 9 pagi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, perkara itu dikesan menerusi operasi penguatkuasaan selama lima jam di HSK tersebut.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan 14 pegawai Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor (PHDHS) dan dua anggota polis dari Balai Polis Kuala Kubu Bharu.

“Pemeriksaan mendapati seramai 16 orang awam tidak mempunyai permit sah memasuki hutan berkenaan.

“Alasan diberi mereka tidak mengetahui keperluan memasuki HSK memerlukan permit dan hanya mengikut rakan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mereka sepatutnya sudah peka dengan keperluan itu selepas beberapa siri operasi permohonan permit masuk hutan simpan sebelum ini.

Berikutan itu, Ahmad Fadzil menjelaskan kesemua 16 individu yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI