fbpx

14 individu lakukan kesalahan lalu lintas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang penunggang motosikal yang ditahan kerana mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu.

KUALA LUMPUR – Mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu, memandu dibawah pengaruh alkohol serta memandu dalam keadaan merbahaya.

Itu antara kesalahan yang dikesan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketika melakukan Operasi Samseng Jalanan, Operasi Motosikal dan Operasi Pelbagai Kesalahan di sekitar ibu kota dalam tempoh dua hari bermula kelmarin hingga hari ini.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, operasi yang bermula pukul 9 malam hingga 4 pagi itu dijalankan disekitar pusat bandar, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“Seramai 18 individu berusia 19 hingga 54 tahun terdiri daripada pemandu kereta dan penunggang motosikal ditahan.

“Menerusi Operasi Motosikal, seorang pemandu kereta jenis Bentley dan penunggang motosikal Yamaha Y15ZR ditahan kerana mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam operasi pelbagai, pihak JSPT memberkas 12 orang lelaki di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Empat lelaki lagi ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan kerana menunggang dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, superman serta bersaing sesama sendiri,” ujarnya.

Jelas beliau, secara keseluruhannya sebanyak 371 jumlah saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan 10 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI