fbpx

Zakar ‘mereput’ dipatuk ular tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakar mangsa dipatuk ular tedung yang muncul dari dalam mangkuk tandas. - Getty Images

CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN – Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan bagi membentuk semula zakarnya selepas alat sulitnya itu mereput akibat dipatuk oleh seekor ular tedung di Afrika Selatan, lapor akhbar New York Post semalam.

Mangsa yang berusia 47 tahun itu menderita keadaan nekrosis skrotum selepas haiwan berbisa yang melingkar di dalam mangkuk tandas menyerang dan mematuk zakarnya.

“Zakar dan kantung skrotumnya didapati membengkak, berwarna ungu gelap dan menyakitkan semasa dimasukkan ke hospital. 

“Dia menerima beberapa dos antiserum racun ular dan antibiotik spektrum luas yang tidak spesifik,” demikian menurut keterangan pada satu laporan perubatan.

Selain itu, lelaki berkenaan turut mengalami gejala muntah-muntah dan rasa ‘terbakar’ serta sakit yang menjalar dari pangkal pahanya sehingga ke perut serta bahagian atas dada.

Malah, dia juga memerlukan rawatan hemodialisis ekoran kecederaan buah pinggang yang teruk sebelum menjalani pembedahan membina semula zakarnya.

Mangsa kini dilaporkan telah pulih sepenuhnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI