fbpx

Suami isteri antara 46 dicekup lalok dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua dari kiri) menyoal salah seorang penagih dadah yang ditangkap dalam OPS Sarang di PPR Flat Larkin, Johor Bahru, hari ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri antara 46 individu disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah yang ditahan dalam Ops Sarang Khas 1.0 di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi yang dijalankan bermula pukul 1 hingga 6 petang itu berjaya menahan kesemua suspek berusia 30 hingga 70 tahun.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, kita berjaya menahan 44 lelaki dan dua wanita termasuk sepasang suami isteri masing-masing berusia 31 tahun.

“Operasi dijalankan bagi mengambil tindakan terhadap penagih dadah tegar, selain membasmi ‘port’ penagihan di kawasan perumahan ini.

“Di Johor terdapat 13 PPR membabitkan lapan daerah dan kebanyakan yang ditangkap itu terlibat dengan dadah jenis Methamphetamine,” katanya pada sidang akhbar di PPR Larkin hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI