fbpx

Siakap RM1,196 cuma makan ikan kecil bukan dedak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORASYIKIN menunjukkan menu makanan laut yang ditawarkan berserta harga di restoran miliknya di Langkawi.

LANGKAWI – Ikan siakap yang dijual pada harga RM1,196 di Taman Geoforest Karst Kilim di sini yang tular sejak kelmarin telah dibela selama 11 tahun oleh pemiliknya.

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa berkata, siakap seberat 7.48 kilogram (kg) itu turut diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya dedak seperti kebanyakan sangkar ikan komersial lain.

“Kita tak bagi makan dedak, kita bagi ikan kecil yang dibeli daripada nelayan lain yang baru ditangkap.

“Bayangkan 11 tahun saya bela ikan itu, berapa banyak kos yang dikeluarkan, berapa ratus kilogram yang ikan itu sudah makan dan tak mungkin saya jual dengan harga seperti ikan yang seberat 2 kilogram,” katanya ketika ditemui Kosmo! di restorannya di sini semalam.

Tambahnya, kos operasi restoran terapung adalah tinggi dan boleh mencecah sehingga RM7,000 sehari.

Katanya, selain daripada kos memberi makan kepada ikan di sangkar tersebut, kos operasi lain seperti minyak bot yang digunakan untuk membawa bahan masakan dan kos penyelenggaraan restoran juga adalah lebih tinggi kerana kedudukannya yang terapung mengikut pasang surut air laut.

Berita berkaitan: Pelanggan siakap semak harga dulu sebelum pesan – KPDNHEP

Pengawal keselamatan juga perlu diupah bagi memastikan ikan yang dibela tidak dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana kawasan sangkar tersebut adalah sangat gelap pada waktu malam.

Berita berkaitan: Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor

Jelas Norasyikin, ini bukan kali pertama dia menjual ikan bersaiz besar daripada biasa kepada pengunjung yang datang ke restoran tersebut.

“Kalau ada permintaan oleh pelanggan, saya tetap akan jual ikan tersebut, tetapi saya akan maklumkan ikan tersebut adalah sangat besar berbanding saiz ikan lain yang mempunyai berat sekitar 800 gram (g) ke 2 kilogram.

Berita berkaitan: ‘Pelanggan mahu siakap itu, tidak mahu ikan lain’

“Sebelum ini, pelanggan yang menempah ikan tersebut bersetuju apabila dimaklumkan mengenai saiz ikan dan tidak pernah timbul masalah seperti ini,” ujarnya. -K! ONLINE

Berita berkaitan: Siakap RM1,196 cuma makan ikan kecil bukan dedak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI