WASHINGTON – Sebuah asteroid bersaiz peti sejuk yang meluncur laju melalui sistem suria hampir melanggar Bumi kelmarin, namun pergerakannya gagal dikesan oleh para saintis, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Asteroid digelar Asteroid 2021 UA1 itu dilaporkan melepasi benua Antartika pada waktu siang dan datang dari arah Matahari.
Bagaimanapun, batuan tersebut berdiameter hanya dua meter, yang bermaksud saiznya adalah kecil untuk dianggap sebagai ancaman kepada Bumi.
Sekiranya ia melanggar Bumi, kebanyakan daripada serpihan batuannya akan terbakar di dalam atmosfera sebelum menembusi planet ini.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), sesebuah objek angkasa lepas bersaiz besar perlu mempunyai diameter sekurang-kurangnya 140 meter. – AGENSI