fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 3 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 4 petang nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, bagi negeri Pahang cuaca tidak menentu itu diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron.

“Sementara itu, bagi negeri Sarawak, antara kawasan yang terjejas ialah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis) dan Limbang (Lawas).

“Bagi negeri Sabah pula, ia melibatkan kawasan di pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud) serta Sandakan (Kinabatangan),” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI