fbpx

Rekod PN tadbir negara jadi rujukan rakyat Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ( enam berdiri paling belakang) bersama calon-calon PN bagi PRN Melaka. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Rekod kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara boleh dijadikan rujukan utama oleh pengundi negeri Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kita prihatin kepada nasib rakyat dan melaksanakan apa jua perkara yang boleh membantu rakyat menghadapi waktu yang paling sukar dalam hidup mereka.

“Saya tidak berniat untuk mendabik dada, tetapi lihatlah kejayaan yang kita capai hari ini dalam pengurusan pandemik dan bantuan untuk rakyat hasil daripada usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

“Inilah buku rekod kita yang akan kita bentangkan kepada rakyat negeri Melaka sebagai panduan untuk mereka membuat pilihan yang terbaik,” katanya ketika berucap dalam majlis pengumuman calon PN di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan PN telah mengambil keputusan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Keputusan itu seterusnya menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang telah mengumumkan calon mereka yang bertanding di PRN Melaka.

“Daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding 15 kerusi, Pas (8) dan Gerakan (5).

“Dari segi latar belakang calon, 43 peratus adalah berusia 40 tahun ke bawah dan sebahagian besarnya adalah golongan profesional dan berpendidikan tinggi,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI