PETALING JAYA – Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipecat daripada UMNO akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada (Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, masing-masing menyertai PKR dan Amanah.
Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan manakala Nor Azman akan mempertahankan DUN Pantai Kundor.
Untuk rekod kedua-dua mereka pada bulan lalu menarik sokongan kepada kerajaan Melaka diterajui UMNO sehingga PRN perlu diadakan.-K! ONLINE.