fbpx

Pecah cermin kereta guna bata, tujuh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pergaduhan sekumpulan lelaki dengan pemandu kenderaan berwarna putih dirakam oleh sebuah kenderaan lain tular di media sosial.

JEMPOL – Gara-gara salah faham terlanggar tayar motosikal ketika di rumah ibadat, kenderaan seorang lelaki telah ditendang dan cermin kenderaan dipecahkan menggunakan batu bata oleh sekumpulan lelaki dan perempuan di Felda Palong 7, di sini, 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya telah menerima laporan polis dari mangsa dan hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan dipercayai berlaku berpunca daripada perselisihan faham.

Menurutnya, dalam perjalanan pulang suspek telah membuat provokasi dengan mengekori kenderaan yang dipandu mangsa dan bertindak menendang kereta mangsa sehingga mengakibatkan mangsa telah terbabas serta melanggar sebuah motosikal yang dinaiki oleh suspek.

“Rentetan daripada itu, suspek bertindak memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan batu bata. Bertindak atas maklumat, hari ini polis telah berjaya menahan empat lelaki dan tiga perempuan berumur lingkungan 24 tahun hingga 54 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Rampasan telah dibuat iaitu tiga biji batu bata dan dua buah motosikal yang digunakan semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, kesemua suspek akan ditahan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk siasatan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI