fbpx

Pan Borneo Sabah lonjak ekonomi rakyat setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur, dekat sini, hari ini.

KINABATANGAN – Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dilihat mampu membuka peluang dalam meningkatkan ekonomi rakyat serta negeri Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek berkenaan membuka ruang penglibatan rakyat termasuklah pelantikan sebagai perunding, pembekal dan kontraktor.

“Selain itu, ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam kalangan anak tempatan juga dapat dilahirkan dan secara langsung memberi sumbangan kepada pembangunan negeri sekali gus mewujudkan kitaran ekonomi tempatan.

“Seperti kita sedia maklum, rangkaian jalan raya yang baik turut mampu melonjakkan potensi pertumbuhan dan memberi limpahan transformasi pembangunan luar bandar.

“Kita yakin, Projek Lebuh Raya Pan Borneo ini bakal memperluaskan jaringan pengangkutan dan keterhubungan
antara pekan serta daerah ke pusat pertumbuhan yang berpotensi seperti pelabuhan, kawasan perindustrian dan
pusat-pusat komersial di sepanjang jajarannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur, dekat sini hari ini.

Projek lebuh raya itu melibatkan jajaran Kinabatangan, Sandakan, Beluaran dan Telupid dan ia turut membabitkan kerja-kerja menambahbaik jaringan jalan raya sedia ada secara berfasa dari Sindumin ke Kudat, Ranau ke Sandakan dan seterusnya ke Tawau. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI