fbpx

Pak Nil dapat ucapan hari lahir daripada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNIL terharu turut menerima ucapan hari lahir daripada Perdana Menteri.

PETALING JAYA – Pengacara tersohor negara Datuk Aznil Nawawi berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya hari ini.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nik berkongsi video ucapan daripada Ismail Sabri sempena hari jadinya yang ke-59 tahun.

“Hai Pak Nik, selamat hari jadi. Semoga panjung umur, murah rezeki dan terus cemerlang. Okay Pak Nil selamat hari jadi,” ucap Ismail Sabri dalam video tersebut.

Menganggap ucapan itu sebagai satu kenangan istimewa, Aznil memuat naik video tersebut dalam media sosial miliknya sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Bahkan, bekas pengacara program reality Akademi Fantasia itu juga berseloroh apabila meminta stesen televisyen untuk membuat liputan tentang ucapan daripada Perdana Menteri itu.

“Buletin Utama (TV3) dan Astro Awani tak nak buat liputan pasal video ini ke?

“Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas ucapan,” tulis Aznil.

Sekadar info, Aznil yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dilahirkan pada 6 November 1962 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada tahun 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di TV3. Sepanjang berada di bawah bumbung stesen penyiatan swasta itu, Aznil pernah mengendalikan beberapa rancangan hiburan popular, antaranya Melodi dan Pop Kuiz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI