fbpx

[VIDEO] Nelayan teruja rakam yu paus tujuh meter di Teluk Kumbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ikan yu paus bersaiz kira-kira tujuh meter di perairan belakang Pulau Kendi, Teluk Kumbar dekat Balik Pulau pagi tadi.

BALIK PULAU – Seorang nelayan di Teluk Kumbar di sini tidak menyangka terserempak dengan ikan yu paus bersaiz kira-kira tujuh meter ketika dalam perjalanan keluar memancing dekat belakang Pulau Kendi di sini pagi tadi.

Roslizan Ramli, 40, berkata, spesies yang ditemuinya kira-kira pukul 10 pagi adalah kali kedua selepas kali pertama pada tahun lalu yang dianggarkan bersaiz lebih sembilan meter panjang.

Menurutnya, dia tergamam sebaik melihat ikan itu timbul di permukaan laut pada jarak kira-kira 20 meter dari sampan yang dinaikinya.

“Saya dan seorang lagi rakan begitu teruja apabila ternampak kelibat ikan yang saiznya sebesar sampan ketika dalam perjalanan memancing berhampiran Pulau Kendi.

“Saya terus merakam video saat ikan itu mengelilingi sampan dan menyusuri di permukaan bawah sehingga hilang dari pandangan mata. Spesies-spesies sebegini memang akan timbul di kawasan perairan di sini setiap kali berlaku peralihan angin,” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI